Wednesday, February 11, 2009

Urghh!! boring tul aku dengan latihan industri. Waktu tak ada keja memang relex sangat sampai tertidur dalam office, tapi bila waktu ada keja memang banyak sangat keja sampai jadi letih. Aku kerja di kilang Fairchaild Semiconductor di Bayan Lepas Penang. Tugas aku adalah pengumpul data, jalankan mesin dan buat ujikaji terhadap Die yang telah di-attach pada Frame (strip).

Proses yang aku kena lakukan
Wafer-> wafer saw-> Die attach-> Wire bonding-> pasang penutup (yang color hitam badan IC apa nama dia aku tak ingat)-> testing pack. So yang di-highlight tu adalah bahagian aku.

Seperti pada gambar yang korang tengok tu bukan gambar aku bergambar di depan cermin, tapi itu adalah wafer yang belum disaw. Wafer tu dah reject sebab patah pada bahagian curve, so susah riject dan telah dikitar semula menjadi cermin. Creative jugak Engineer di sini macam-macam kraf tangan boleh dibuat dengan menggunakan bahan reject.

Thursday, January 1, 2009

Tahun 2009 ni aku telah reka preamp untuk gitar lektrik kepunyaan adik aku sementara dia memdapatkan amp untuk gitarnya sendiri. senang je guna alat ni sebab kita terus plug in kepada speaker atau sound card komputer (creative sound blaster) dan juga ke AUX inpu (biasanya terdapat pada sistem PA di rumah).
gambar 1 st menunjukkan preamp yang telah siap dan sedang diuji pada gitar lektrik. gambar 2nd menunjukkan rupa litar yang siap dipasang. gambar 3rd menunjukkan setiap komponen yang dipasang dipasangkan baju. secara teori kotak yang perlu aku gunakan untuk memasukkan litar mestilah terdiri daripada logam( untuk kurangkan kesan hingar (noise) ) tapi apa boleh buat kotak logam saiz kecil tak ada so terpaksalah aku beli kotak plaktik dari kedai elektronik. kualiti bunyi boleh dikatakan errm " bolehlah", tak lah terlalu teruk sangat sebab litar yang aku gunakan ringkas je so tak ada apa yang boleh diharapkan sangat dari segi kualiti bunyi.

Ini adalah Malaysian Dj yang aku kagumi dan sangat minat muzik hasil mixing beliau. Semoga tahun baru banyak memberikan inprirasi dan bertambah rezeki. Sokongan peminat adalah penting dalam membina kareer. diharap Ody Dozz dapat mencapai kehebatan setanding dengan Dj bertaraf Dunia.

klik disini untuk melihat profile.
http://www.thedjlist.com/djs/ODY_DOZZ/

Saturday, December 27, 2008

Long Exposure + CLS + Stamina = ?
Kepada sahabatku yang gila photography, aku ada 1 idea. macam ni cerita dia
  1. photographer kena panjat pokok dan ambik gambar dari angle atas guna long exposure.
  2. model kena lari keliling pokok sambil bawak touchlight
  3. sambil model lari flashman kedua buat bokeh guna speedlite yang dipasang lembency flash difusser guna bahagian atas untuk dapatkan bulatan macam bokeh.
  4. siapa-siapa ditugaskan kira masa untuk model berhenti.
  5. bila masa cukup model berhenti, model kena posing kat batang pokok
  6. flashman pertama tembak flash
  7. SIAP!
kerjasama Pdaus(Taro) dan Ganes amat diperlukan bersama sorang lagi yang turut bantu.
nota: kalau long exposure guna hand hold mesti gambar jadi blur. aku nak cadangkan pakai kamera aku pastu ikat or lekatkan atas pokok pastikan stabil. kemudian sambungkan kamera aku dengan wayar USB dan terus ke laptop, so kita control kamera guna laptop untuk setting dan sebagainya.

jangan lupa hantar lab report lengkap bersama conclusion discussion dan reflection. HAHAHA

Friday, December 26, 2008

HAHAHA baru sekarang pada 27/12/2008 pada jam 11.40 pm aku telah jumpa charger batery kamera yang dicari sejak kebelakangan ini. Memang letih jugak cari benda ini dan akhirnya aku terjumpa charger bateri dalam cpu komputer aku. Nasib baiklah teringat nak scan virus guna desktop dengan menggunakan hardisk laptop. Komputer aku guna software original kaspersky antivirus so memang selamat jugaklah dari virus tapi tahan mana aku tak pasti. So apa saja yang aku rasa ada virus je contohnya laptop aku walaupun ada software antivirus aku tetap scan guna desktop.

Baiklah bercakap tentang CPU komputer, aku ingin share sedikit info modding serta overclocking (OC) yang telah aku buat pada CPU aku. Komputer dibina sendiri oleh adik beradik aku, yang turut share duit untuk beli hardware semata-mata untuk main game. kalau nak di ikutkan memang beribu ringgit jugaklah habis semata-mata CPU saja. OC memang memberi pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Aku guna Mobo ASUS M2N SLI-DELUXE dengan chipset Nforce 570 kalau tak silap aku sebab dibeli pada tahun 2007. boleh dikatakan mobo ini adalah jenis high end sebab dilengkapi dengan segala tools untuk modding dan OC.

Pada permulaan OC processor, aku telah tinggikan voltage hingga1.5 volt dengan menggunakan heatsink asal. aku guna AMD ATHLON 64K + 4800, temperature naik gila dan dengan pantas setinggi 127°C suhu normal beroperasi adalah sebaiknya kurang daripada 70°C. pada ketika suhu tersebut mobo telah detect dan cut-off power voltage. lama-kelamaan tanpa aku sedar sebernarnya 1 core telah hangus dan processor aku guna hanya 1 core untuk jalankan operasi. sehinggalah 1 ketika dimana aku tukar graphic card baru Nvidia GeForce 9800 GT dan instal game. Pada ketika aku main game tetiba PC off, aku pun mulalah hairan.

setelah diperiksa, rupanya-rupanya 1 lagi core processor hangus so duo core 2 hangus tinggal tiada core kira kena beli yang baru lah untuk ganti processor. Lagi sekali duit habis beli benda alah ni dan sekarang guna processor AMD PHENOM +5000, dan ada tricore. sekarang aku boleh main game dengan aman dan damai tak tahu lah bila ketiga-tiga core nak hangus gara-gra OC. Kemungkinan nak hangus agak jauh sebab aku pun dah tukar heatsink CoolerMaster Hyper TX yang lebih effisyen.

Gambar di atas ialahCoolerMaster Hyper TX

gambar disebelah ialah CPU aku dan tanda yang dibulatkan merah ialah harddisk laptop dan gambar charger bateri kamera yang terperosok masuk ke dalam CPU.

hehe aku dengan bangganya nak bagi tau game apa yang aku dah abis main sejak kebelakangan ni:-

  1. Call Of Duty 4 - modern warfare
  2. FEAR - first encounter assault recon (permulaan)
  3. FEAR - extraction point (sambungan)
  4. Half-Life 2 - second trilogy (permulaan)
  5. Half-Life 2 - episode 1 (sambungan)
  6. Half-Life 2 - episode 2 (sambungan)
  7. Half-Life 2 - lost coast
Game yang sekarang main tak habis lagi:-
  1. stalker - the shadow of shinobly
  2. Far cry 2

Thursday, December 25, 2008

sejak 19/12/2008 yang lalu cari charger bateri kamera tapi sampai sekarang tak jumpa. Aduh letihnya cari dah 1 rumah aku geledah tapi masih tak jumpa. Apa yang paling malang cuti sems aku sudah tiada aktiviti menarik lagi sbb kamera tiada stamina. Batery Grip pun mengkedarah bateri jugak sebab guna 6 biji bateri jenis AA. Bateri Flash cuma ada 4 biji kena beli lagi 2 biji untuk masukkan dalam battery grip so flash aku dah tak boleh guna. Habislah duit aku kalau nak guna kamera kena beli bateri baru, kalau rajin guna lagi banyak habis duit semata-mata bateri. URGH malangnya nasib aku..

TAGGED from NIZA…

Aloha everybody...
Wanna do some tag...
Simple one...
Post 3 pictures...
1st picture: How do you look when you're going to class/work?
2nd picture: The picture of your eyes..ONLY! Close-up picture...pandangan depan jgak
3rd picture: The picture of you... smiling widely... *Nampak gigi and pandangan depan... *close-up picture gak

waktu dalam makmal masa sem 1 dulu, aku pun tak ingat buat experiment apa waktu ni.Enjoy dadih yang dibuat sendiri dari menber aku.Happy tengok screen kamera, sorry xda pic pandang depan sebab pic ni yang paling macho. HAHAHA

Picnic at Batu Feringgi, Penang

Pada 21/12/2008 yang lalu kami picnic di Batu Feringgi Penang. Dari rumah bersiap sedia bawa baju lebih semata-mata untuk mandi laut. Sampai di sana Cuma aku sorang laki dalam group kami je yang mandi yang lain Pdaus (Taro), Ganes sibuk dengan kamera masing-masing photoshoot sana sini. Pada hari tu Cuma kamera aku saja yang paling sikit shutter di klik, Ganes yang paling banyak dan yang paling kesian Taro HAHAHA lupa bawa bateri. Diorang guna Nikon kecuali aku sorang guna Canon so tak jadi masalah pada taro untuk shoot menggunakan kamera Ganes. Aku, Meen dan adik Meen saja yang mandi laut, haha memang best mandi laut, aku tak pandai berenang nasib baik tak lemas. Kalau aku lemas dan tiba-tiba Meen atau adiknya selamatkan aku, URHG~~ malunya. Tambah lagi kalau Meen atau adiknya buat CPR kat aku (hehehe gatainya aku) HAHAHA (evil laugh).In future Ganes wanna replace Mod position in POP SHUVIT.Aksi Gila iklas daripada Kimy, ermm yeah dan seksi.Bergambar dengan orang yang aku suka HAHAHA.Taro sedang seraksi, orang pro guna 1 kamera tak cukup.Meen dibuli oleh adiknya. sabarlah Meen Balik rumah nanti kau tarik telinga dia. HEHEHEMeen Bagaikan Model Iklan Rejoice kemudian Sunsilk dan seterusnya.

Final Exam Finished

Haha aku seronok sangat nak post benda alah ni dalam blog aku sebab aku dah merdeka dari study yang memanjang (tipu je yang banyak Cuma main). Walaupun agak terlewat untuk post, tp seronok pnya pasal aku tetap poskan jugak nak bagitau yang aku dah cuti sem. Biasalahkan orang busy macam aku memang semuanya lambat gara-gara riuh dikota.
Ini adalah nota yang telah disiapkan dalam 1 malam untuk dihafal sebab esok exam. last minute punya kerja sampai tak tido langsung Nescafe pula sampai berpeket-paket habis. Sampailah habis exam baru tido sepuas-puasnya. Aku suka tukisan aku yang sangat cantik (^^").

Nota subjek Instrumentasi.Nota subjek baik pulih alatan elektronik.

Comment Jangan Tak comment.