Saturday, August 30, 2008

Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Penang.






atas jejantas(tak tahu nama tempat), Georgetown, Penang.

Dulu asyik retouch dan malas edit gambar, sekarang mula menjadi rajin. Tak tahu apa sebabnya mungkin dirasuk hantu untuk mencipta effect dan gunakan di dalam gambar. Special thanks to Meen sebab bawa adiknya untuk bergambar bersama.


Friday, August 15, 2008

Kata orang di kawasan kediaman saya, "pelan-pelan kayuh" yang bermaksud kalau nak mulakan sesuatu haruslah study->faham betul-betul kemudian buat latihan dan barulah ada kemahiran. Begitu juga dalam bidang ni, nak ambil gambar orang dan lain-lain perlu ada kemahiran barulah gambar yang dihasilkan adalah SUPERB. Ketika nak mulakan bidang ini kita tak perlu beli kamera yang mahal-mahal, cukup sekadar mengikut kemampuan dan kamera. Beli kamera yang mahal-mahal tapi tak tahu guna tiada guna juga, so yang penting sekarang kita haruslah mengetahui setiap function yang ada supaya kamera dapat digunakan sepenuhnya. Maka berbaloi-lah dengan duit yang kita keluarkan kerana kita menggunakan sepenuhnya kamera yang dimiliki oleh kita sendiri.

Jangan rasa malu melihat orang lain atau jurugambar memegang kamera besar-besar yang lengkap dengan segala peralatan, sebaliknya buat slumber (buat bodoh) je bila melihat mereka ini ketika kita sedang ambil gambar. Apa yang penting di sini kalau kita mahu kemahiran yang tinggi dalam bidang ini kita janganlah biarkan perkara lain mengganggu konsentrasi kita (suka hati akulah buat apa pun pedulikan orang lain nak cakap). Walaupun kita menggunakan compact camera yang berharga di bawah RM1000 sekalipun kita kena slumber dan practice juga ambil gambar.

Kepada pengguna SLR jangan biarkan kamera anda sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja, sebaliknya gunalah kamera tersebut dengan tujuan yang betul dan tahu cara penggunaannya. Pada pendapat saya, penggunaan mode AUTO adalah tidak digalakkan begitu juga dengan pendapat jurugambar yang lain kerana SLR memberikan kita peluang untuk mengawalnya dan jangan kita sia-sia-kan peluang ini. Mengawal slr bukan mudah seperti yang disangka, kerana kita perlu ada teori dan kemahiran untuk mengawalnya supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti apa yang kita mahukan.

Kepada pengguna compact camera, jangan berasa malu untuk mencuba perkara baru. Compact camera sekarang memang canggih-canggih sehinggakan function yang ada pada SLR ada pada kamera ini. Pelan-pelan kayuh, mula-mula guna compact kamera dulu dalam masa yang sama simpan duit mungkin suatu hari nanti anda telah menguasai asas photography dan ingin men-upgrade kamera anda, teruskan niat anda. Banyak kamera di pasaran, jika anda tahu asas photography maka anda juga tahu kamera yang sesuai untuk anda pada suatu hari nanti.

Konklusinya, kita haruslah berusaha jika inginkan sesuatu pencapaian terhadap diri kita dan mendatangkan faedah. Dalam bidang ini usaha amat penting dalam mempertingkatkan kemahiran supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti mana kita mahukan.

kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.

Friday, August 1, 2008

Kami Gig at Penang.
Pada 26/8/2008 yang lalu, waktu itu boring gila lepak di rumah. Kemudian call menber untuk pergi ke Kami gig. Tunggu punya tunggu sampai pukul 2 menber dari Ipoh dan Taiping x sampai Penang lagi. So lebih kurang 4.30 petang baru lah keluar rumah untuk pergi ke gig. Sampai lebih kurang pukul 5.15 petang di gig tersebut. Apa lagi pasang kamera snap apa yang patut, tapi malangnya tak semua band dapat aku ambil gambar sebab datang lambat sampai ada band lain yang sudah beraksi dan tak sempat ambil gambar. Antara band yang hadir estrella, couple, one buck shot, butterfingers, bittersweet, the times dan lain-lain lagi.