Saturday, December 27, 2008

Long Exposure + CLS + Stamina = ?
Kepada sahabatku yang gila photography, aku ada 1 idea. macam ni cerita dia
  1. photographer kena panjat pokok dan ambik gambar dari angle atas guna long exposure.
  2. model kena lari keliling pokok sambil bawak touchlight
  3. sambil model lari flashman kedua buat bokeh guna speedlite yang dipasang lembency flash difusser guna bahagian atas untuk dapatkan bulatan macam bokeh.
  4. siapa-siapa ditugaskan kira masa untuk model berhenti.
  5. bila masa cukup model berhenti, model kena posing kat batang pokok
  6. flashman pertama tembak flash
  7. SIAP!
kerjasama Pdaus(Taro) dan Ganes amat diperlukan bersama sorang lagi yang turut bantu.
nota: kalau long exposure guna hand hold mesti gambar jadi blur. aku nak cadangkan pakai kamera aku pastu ikat or lekatkan atas pokok pastikan stabil. kemudian sambungkan kamera aku dengan wayar USB dan terus ke laptop, so kita control kamera guna laptop untuk setting dan sebagainya.

jangan lupa hantar lab report lengkap bersama conclusion discussion dan reflection. HAHAHA

Friday, December 26, 2008

HAHAHA baru sekarang pada 27/12/2008 pada jam 11.40 pm aku telah jumpa charger batery kamera yang dicari sejak kebelakangan ini. Memang letih jugak cari benda ini dan akhirnya aku terjumpa charger bateri dalam cpu komputer aku. Nasib baiklah teringat nak scan virus guna desktop dengan menggunakan hardisk laptop. Komputer aku guna software original kaspersky antivirus so memang selamat jugaklah dari virus tapi tahan mana aku tak pasti. So apa saja yang aku rasa ada virus je contohnya laptop aku walaupun ada software antivirus aku tetap scan guna desktop.

Baiklah bercakap tentang CPU komputer, aku ingin share sedikit info modding serta overclocking (OC) yang telah aku buat pada CPU aku. Komputer dibina sendiri oleh adik beradik aku, yang turut share duit untuk beli hardware semata-mata untuk main game. kalau nak di ikutkan memang beribu ringgit jugaklah habis semata-mata CPU saja. OC memang memberi pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Aku guna Mobo ASUS M2N SLI-DELUXE dengan chipset Nforce 570 kalau tak silap aku sebab dibeli pada tahun 2007. boleh dikatakan mobo ini adalah jenis high end sebab dilengkapi dengan segala tools untuk modding dan OC.

Pada permulaan OC processor, aku telah tinggikan voltage hingga1.5 volt dengan menggunakan heatsink asal. aku guna AMD ATHLON 64K + 4800, temperature naik gila dan dengan pantas setinggi 127°C suhu normal beroperasi adalah sebaiknya kurang daripada 70°C. pada ketika suhu tersebut mobo telah detect dan cut-off power voltage. lama-kelamaan tanpa aku sedar sebernarnya 1 core telah hangus dan processor aku guna hanya 1 core untuk jalankan operasi. sehinggalah 1 ketika dimana aku tukar graphic card baru Nvidia GeForce 9800 GT dan instal game. Pada ketika aku main game tetiba PC off, aku pun mulalah hairan.

setelah diperiksa, rupanya-rupanya 1 lagi core processor hangus so duo core 2 hangus tinggal tiada core kira kena beli yang baru lah untuk ganti processor. Lagi sekali duit habis beli benda alah ni dan sekarang guna processor AMD PHENOM +5000, dan ada tricore. sekarang aku boleh main game dengan aman dan damai tak tahu lah bila ketiga-tiga core nak hangus gara-gra OC. Kemungkinan nak hangus agak jauh sebab aku pun dah tukar heatsink CoolerMaster Hyper TX yang lebih effisyen.

Gambar di atas ialahCoolerMaster Hyper TX

gambar disebelah ialah CPU aku dan tanda yang dibulatkan merah ialah harddisk laptop dan gambar charger bateri kamera yang terperosok masuk ke dalam CPU.

hehe aku dengan bangganya nak bagi tau game apa yang aku dah abis main sejak kebelakangan ni:-

  1. Call Of Duty 4 - modern warfare
  2. FEAR - first encounter assault recon (permulaan)
  3. FEAR - extraction point (sambungan)
  4. Half-Life 2 - second trilogy (permulaan)
  5. Half-Life 2 - episode 1 (sambungan)
  6. Half-Life 2 - episode 2 (sambungan)
  7. Half-Life 2 - lost coast
Game yang sekarang main tak habis lagi:-
  1. stalker - the shadow of shinobly
  2. Far cry 2

Thursday, December 25, 2008

sejak 19/12/2008 yang lalu cari charger bateri kamera tapi sampai sekarang tak jumpa. Aduh letihnya cari dah 1 rumah aku geledah tapi masih tak jumpa. Apa yang paling malang cuti sems aku sudah tiada aktiviti menarik lagi sbb kamera tiada stamina. Batery Grip pun mengkedarah bateri jugak sebab guna 6 biji bateri jenis AA. Bateri Flash cuma ada 4 biji kena beli lagi 2 biji untuk masukkan dalam battery grip so flash aku dah tak boleh guna. Habislah duit aku kalau nak guna kamera kena beli bateri baru, kalau rajin guna lagi banyak habis duit semata-mata bateri. URGH malangnya nasib aku..

TAGGED from NIZA…

Aloha everybody...
Wanna do some tag...
Simple one...
Post 3 pictures...
1st picture: How do you look when you're going to class/work?
2nd picture: The picture of your eyes..ONLY! Close-up picture...pandangan depan jgak
3rd picture: The picture of you... smiling widely... *Nampak gigi and pandangan depan... *close-up picture gak

waktu dalam makmal masa sem 1 dulu, aku pun tak ingat buat experiment apa waktu ni.Enjoy dadih yang dibuat sendiri dari menber aku.Happy tengok screen kamera, sorry xda pic pandang depan sebab pic ni yang paling macho. HAHAHA

Picnic at Batu Feringgi, Penang

Pada 21/12/2008 yang lalu kami picnic di Batu Feringgi Penang. Dari rumah bersiap sedia bawa baju lebih semata-mata untuk mandi laut. Sampai di sana Cuma aku sorang laki dalam group kami je yang mandi yang lain Pdaus (Taro), Ganes sibuk dengan kamera masing-masing photoshoot sana sini. Pada hari tu Cuma kamera aku saja yang paling sikit shutter di klik, Ganes yang paling banyak dan yang paling kesian Taro HAHAHA lupa bawa bateri. Diorang guna Nikon kecuali aku sorang guna Canon so tak jadi masalah pada taro untuk shoot menggunakan kamera Ganes. Aku, Meen dan adik Meen saja yang mandi laut, haha memang best mandi laut, aku tak pandai berenang nasib baik tak lemas. Kalau aku lemas dan tiba-tiba Meen atau adiknya selamatkan aku, URHG~~ malunya. Tambah lagi kalau Meen atau adiknya buat CPR kat aku (hehehe gatainya aku) HAHAHA (evil laugh).In future Ganes wanna replace Mod position in POP SHUVIT.Aksi Gila iklas daripada Kimy, ermm yeah dan seksi.Bergambar dengan orang yang aku suka HAHAHA.Taro sedang seraksi, orang pro guna 1 kamera tak cukup.Meen dibuli oleh adiknya. sabarlah Meen Balik rumah nanti kau tarik telinga dia. HEHEHEMeen Bagaikan Model Iklan Rejoice kemudian Sunsilk dan seterusnya.

Final Exam Finished

Haha aku seronok sangat nak post benda alah ni dalam blog aku sebab aku dah merdeka dari study yang memanjang (tipu je yang banyak Cuma main). Walaupun agak terlewat untuk post, tp seronok pnya pasal aku tetap poskan jugak nak bagitau yang aku dah cuti sem. Biasalahkan orang busy macam aku memang semuanya lambat gara-gara riuh dikota.
Ini adalah nota yang telah disiapkan dalam 1 malam untuk dihafal sebab esok exam. last minute punya kerja sampai tak tido langsung Nescafe pula sampai berpeket-paket habis. Sampailah habis exam baru tido sepuas-puasnya. Aku suka tukisan aku yang sangat cantik (^^").

Nota subjek Instrumentasi.Nota subjek baik pulih alatan elektronik.

Comment Jangan Tak comment.

Monday, December 8, 2008

Terima Kasih kepada saudara kembar Ami kerana jemput saya bersama rakan sekelas ke majlis kenduri kahwin abang Ami. Di sini kami ingin memohon maaf jika menganggu dan membuat kecoh di rumah anda, maklumlahkan rombongan kelas kanak-kanak tadika. Walau bagaimana pun keluarga Ami sporting juga dengan tingkah-laku kami. Klik gambar untuk besarkankan.

Sunday, December 7, 2008

Sunpak adalah jenama altenatif kepada photographer yang kurang budget membeli flash berjenama daripada kameranya sendiri. Saya adalah salah seorang pengguna Sunpak PZ42X seperti di atas. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya selama menggunakan Flash ini. Pada mulanya saya menyimpan duit untuk membeli Canon 430ex, namun apakan daya setelah berada di kedai kamera Flash Canon kehabisan stock. Di masa itu fikiran mula dihantui untuk membeli lens Canon 50mm F1.8 II setelah diracun oleh jurujual, saya mula berfikir, setelah berfikir lalu saya membeli Flash Sunpak dengan Canon 50mm f1.8 II . Sekarang sudah hampir 1 tahun aku menggunakan barang ini.
Kualiti
Kualiti memanglah padan dengan harganya yang murah. Hot-shoe plastic dan dengan lock jenis skru. Masalah apabila anda pusing untuk lock kuat-kuat, setelah ambil gambar dan ingin mencabut Flash dari kamera anda akan rasa begitu ketat pusing unlock. Mungkin disebabkan kita letih agaknya.
Head
Head dia memang best sebab boleh pusing mengalahkan Canon 430 ex, pusing ke kiri 180° , kanan 120° dan atas 180° . Masalah timbul apabila saya menggunakan Lembency Flash Difusser, (macam Gary Fong) benda ini berat kemudian lekatkan di head. Head anda akan rotate kemana saja berdasarkan berat Difusser tersebut, hal ini disebabkan Head tak boleh lock. So dia punya head memang lembut.


Fungsi
setakat ini ok-lah sebab gunakan E-TTL (Eluative through the lens), so dia dapat baca exposure dengan bagus. Flash ni tidak ada second curtain syncronize dan hanya dapat focus pada center AF point selain itu jika anda menggunakan mode manual flash, flash ini akan auto save setting yang telah diset dan tiada default setting.
Masalah dihadapi sekarang
Apabila saya mengeluarkan filter wide panel dan menutupnya semula, pada LCD indicator masih menunjukkan icon wide panel. Masalah ini membuatkan anda tidak boleh setting power ratio dengan head distance secara manual. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengetuk head flash ini (jangan ketuk kuat sangat nati tak pasal jahanam).

Hakcipta terpelihara oleh FotoTakLaku

Thursday, December 4, 2008

Walaupun agak terlambat untuk aku buat benda ni disebabkan kesibukan, namun aku tetap jua post-kan juga, ENJOY!
Meen sorry ek aku cilok soalan yang kau guna. Aku ambik soalan tu kemudian gunakan jawapan aku sendiri, hehehe.

1. Name 1 person who make you laugh last nite
message from my friends discuss about price.
2. What were you doing at 0800?
prepare my resume for latihan industri
3. What were you doing 30 minutes ago?
tido lah sebab demam
4. What happen to you in 2006?
fan of yamakasi movie and always jump from high place
5. What was the last thing u said out loud?
antar assignment tanpa aku melihat (kalau reject mampoih)
6. How many beveregas did you have today?
ermm 1 times
7. What colour is ur hair brush?
gatsby smooky err (forgot lah)
8. What was the last thing u paid for?
topup
9. Where were you last nite?
at home in front my laptop
10. What colour is ur front door?
grey
11. Where you keep ur change?
pocket
12. Whats the weather like today?
sunny day at the morning
13. Whats the best ice-cream flavour?
mix lagi banyak lagi cepat habis hahaha
14. What excites you?
time pegang kamera
15. Do you want to cut your hair?
tanak barulah comel tapi terpaksa jugak potong hahaha
16. Are you over the age of 25?
sweet 19. eh 19 ada sweet ke??
17. Do you talk alot?
if i have fisherman friends hahaha
18. Do you watch the O.C?
apatu? kalau pc Over-clocking mmg minat (^^")
19. Do you kow anyone name Steven?
ermmmm dulu ada lah
20. Do you make up ur own word?
cakap main lepas je mulut ada insurans (sorry).
21. Are you a jelous person?
biarlah mereka yang bahagia, aku adalah aku.
22. Name a friend whose name start with the letter 'A'
Aimi Athirah, Ami Farhana, Ahmad Fitri, Ahmad Syafiq (clasmate)
23. Name a friend whose name start with the letter 'K'
Kim Hong, Kumar (klasmate)
24. Who's the first person on your received call list?
My 2nd bro (speximent)
25. What does the last text message u received say?
Kimy tlg rekomen bdk klas hg kat aku (from apit)
26. Do you chew on ur straw?
nope
27. Do you have a curly hair?
hehe rambut aku mmg pelik ada curly ada straight.
28. Where's the next place you're going to?
klinik ambil ubat demam
29. Who's the rudest person in ur life?
hehe housmates akulah sama2 rudest.
30. What was the last thing u ate?
hehe siput ermm ntah aku x tau nama dia tapi mmg sedap.
31. Will you get married in the future?
Dgn Meen Rahman HAHAHAHA meen jgn marah ek gurau jek.
32. Whats the best movie you've seen in the past 2 weeks?
death race, baru je nak tengok.
33. Is there anyone you like rite now?
No body but i like my camera
34. When was the last time you wash dishes?
pukul 8pm.
35. Are you currently depressed?
nope!
36. Did you cry today?
yup,e-mail aku x reply oleh kilang AMD
37. Why did you answer and post this?
ntah lah, mungkin aku gatai tangan

7 pekara pelih yang aku lakukan

7 Perkara Pelik Yang Saya Lakukan
1. Apabila tiada meja dan kerusi ketika membuat kerja.

  • Duduk cangkung (macam buang air besar) sambil lakukan kerja, saya pun rasa pelik kenapa suka duduk macam tu. Mungkin sebab rasa tak mengantuk bila duduk seperti tu.
2. Masukkan biskut (biskut kering segi 4) ke dalam Milo atau Nescafe dan makan.
  • Entahlah mungkin dah menjadi rutin ketika tiada nasi untuk dimakan. Sekarang walaupun ada nasi tapi masih buat juga perkara tu, hairan betullah. Saya pun tak tahu di mana sedapnya makan biskut macam tu.
3. Tidak boleh makan atau tergigit bawang putih,
  • Waktu makan nasi dengan laut masakkan ibu memang sedap, disebabkan ibu saya tahu yang saya sebegini sebab tu dia akan kurangkan bawang putih. Apabila termakan atau tergigit bawang putih dengan secara automatiknya saya akan termuntah, ini yang membuatkan saya berasa hairan dari sewaktu kecil sehingga hari ini.
4. Sewaktu nak bergambar pula saya mesti terlupa untuk mengecas bateri kamera.
  • URGHH! Tension betul lah, bawa kamera berat-berat tapi bateri lupa nak cas. Bila berlaku hal ini saya kan cari bateri di setiap poket beg. Bateri Speedlite pun saya sapu walaupun hanya guna 4 biji kemudian tambah 2 biji lagi bateri yang datang dari mana-mana poket beg (biasanya bateri lama), cukup 6 biji masukkan ke dalam Battery Grip. Hal ini tidak akan berlaku jika saya planning gila-gila punya kencang untuk lakukan photoshoot.
5. Suka baca surat khabar lama.
  • Entah lah kenapa, walaupun ada surat khabar hari ini, apabila saya melihat mesti akan rasa yang saya terlalu sibuk sehinggakan rasa tak senang baca surat khabar. Apabila esok pula atau seminggu kemudian baru sentuh surat khabar yang ditinggalkan untuk dibaca.
6. Saya seorang PEMALAS untuk lakukan kerja rumah.
  • Inilah penyakit saya, untuk buat kerja rumah amat jarang sekali sehinggalah ibu atau housemate tegur baru buat kerja. Patutlah badan rasa miang semacam je, rupaya baju yang dipakai sudah berhari-hari tak basuh (biasanya berlaku di rumah sewa).
7. Haha~~ yang terakhir ialah idea selalu datang last minute.
  • Time exam akulah keluar pada waktu yang ditetapkan dan sangat jarang keluar awal kecuali sibuk. Keluar lambat sebab takut idea datang last minute kemudian aku dah tak boleh masuk semula ke dalam dewan peperiksaan. So aku tunggulah walaupun dah siap atau ada je soalan yang memang tak boleh jawab hingga waktu tamat. Begitulah juga dengan kerja edit foto bila sudah flatten image baru dapat idea baru so ke bukalah balik layer.
Adakah anda membaca keseluruhan text ini?
SOALAN TERAKHIR KEPADA ANDA WAHAI SI PEMBACA.
Adakah Kimy seorang yang rajin, walaupun ketinggalan untuk buat benda ini?

Friday, November 28, 2008

The Rojak Post adalah campuran foto yang dibuat rojak, ehh bukanlah. Sebenarnya saya malas nak buat setiap foto ada dalam new post so senang cerita saya buat rojak. Pada masa akan datang mungkin saya akan buat lagi rojak untuk Part 2 dan seterusnya. Jangan risau ini rojak bukan sebarang rojak, setiap foto ada ceritanya yang tersendiri. So Check It Out!The New Workplace, ya memang pun. Bilik tidur saya yang di bawah post my workplace pada post yang lalu kalau anda lihat memang berserabut. Tapi sekarang dah kemas skit (sikit jelah). Disini lah kerja penyuntingan gambar dibuat, diharap dengan rupa baru bertambah selesa bila buat kerja.

Gambar ini pula menceritakan seorang warga tua yang berjalan di tepi jalan melawan arus. Tiada apa pun yang menarik dalam foto ni tapi bagi saya inilah gambar candid spontan. Gambar ini diambil pada ermm (entah bila) masa saya melawat kedai kamera. Di kedai kamera Clik n Snap (Komtar) saya mencuba lens Canon 18-200mm is, masa saya angkat kamera nak setting tertekan shutter dan bila dilihat inilah hasilnya.
Proton Wira 1.6 telah menjadi 1.8 buatan individu di dalam Malaysia. Bila pandang dari luar memang tak ada apa yang best pun sebab bodykit Wira. Bila pandang 2 kali bahagian dalam dan enjin (enjin Mitsubishi 4G93) telah pun diubah suai dah tak macam Wira lagi. Ini adalah kereta kawan saya yang memang kaki Racing dan memang suka membahayakan diri sendiri di jalan raya serta di lorong-lorong dan pernah terlibat dalam kemalangan. hehe (^^")
Panduan untuk menjaga pakaian anda (sila klik gambar untuk dibesarkan) gambar ni diambil di dalam IKEA. Sorry lah, saya terlupa rotate pulak.

Ini adalah verdict daripada "Digital Camera Megazine" isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999. Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan. Nota selebihnya anda boleh klik pada gambar di bawah untuk besarkan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.
Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media, FotoTakLaku dan photozone.de.

Monday, November 24, 2008


hehe, versi berhantu seperti telah tidak diduduki oleh penghuni. Taman KTC (Kulim Technology center) di Kulim Kedah lah di mana lagi. Gambar HDR di ambil 8 exposure pada 4 stop. f=8, 18mm (kit lens).

Thursday, November 20, 2008

Tamron AF 17-50mm f/2.8 SP XR Di II LD Aspherical [IF] (Canon). Sebab pemilihan lens ini mestilah disebabkan harga dan perfomance. Nak beli standard lens Canon macam Canon EF-S 17-55mm f/2.8 USM IS memang x mampu, harga lebih kurang RM3.6K. So third party pun jadilah yang penting optikal kuality dan gambar yang diambil kurang bermasalah.

Tuesday, November 18, 2008

I don't know who he is. I know who took his picture. I know who edited his picture.
Guess Who??

Friday, November 14, 2008

macro di tepi tasik sesuai dengan konsep alam semulajadi yang menjadi tema dalam blog fototaklaku "berontak jiwa alam". hehe ok x ??

Saturday, November 8, 2008

Siapakah yang paling cantik atau macho??

Gelagat Biro Audio & Visual dalam merakamkan setiap aktiviti perkemahan di Teluk Batik.
-->Kimy (ketua Biro, Main Photographer)
-->Mad (penolong, Backup Photographer)
-->Rizal (penolong, Videographer)

Friday, November 7, 2008


Ini adalah lawatan subjek pengurusan (E3007) ke Teluk Batik Perak. Di sini lah juga anda dapat melihat gadis cantik dan jejaka macho dari kelas aku (DKE 3B) yang menghiasi gambar ini. hahaha cari lah kedudukan aku di dalam gambar ini.

Wednesday, October 8, 2008

I'm lazy person, so what do u think??

Spex with Dj Ody Dozz. This is old picture, I forgot when i took this picture.

Tuesday, October 7, 2008










After meet mr. Saiful Nizam Abdullah, we went photograph at Taman Tasik Area. That was rainy day but there is no problem. hahaha (^^"). All pictures original from camera, no edit-edit lah.

Thanks to Encik Raff (my cousin) because bring me to meet mr. Saiful Nizam Abdullah. After we meet together, we discuss and talk all about photography. He teach me how to start the photography business and marketing strategy. That was a nice day.
B-G-03A Mesra Prima, Jalan Ikan Emas, Taman Pandan Mesra,68000 Ampang Selangor. tel/fax: 03-42953772.
http://budakaskar.fotopages.com

Monday, September 29, 2008

I took this picture from my grandfather garden. I don't know what the name of this grass, but actually this is not a grass. This grass fill all the floor in the garden just like a carpet. ISO-200, focal length-50mm, apature-2.8 shutter 1/100 .

Sunday, September 28, 2008

Ini adalah cita-cita untuk tahun 2012. Upgrade body dan lens, body EOS 50D mungkin 60D/70D dan sewaktu dengan tahun 2012 yang mana Canon akan keluarkan. Kalau ada banyak lagi duit mungkin aku akan beli EOS 5D-MARK II. Lens pula, untuk L series itu tak mungkin setakat guna lens biasa sudahlah. Kalau beli body yang ada perkataan "MARK", lens L series mungkin aku beli. HAHAHA (Berangan Mat Jenin sambil panjat antena radio). Sekarang aku guna EOS 350D shutter count pun dah dekat 12K. Syukur lah dengan apa yang ada yang penting boleh tangkap gambar sudah. Angan-angan tetap diteruskan, kalau berusaha angan-angan mungkin jadi realiti. HAHAHA (evil laugh)

Saturday, September 27, 2008

SAVE THE EARTH!!! this the one of theme when during natural photography. Just go to the jungle or anywhere (even though at the back side of your house) and snap the picture, simple! Many pollution in this world so we need to find the great composition and snap the picture. It hard to find the picture that have a large of impact to send the message to human the important of clean earth.

This is how fototaklaku card look.
This card used to shown the fototaklaku menbers. Its look cool when we wear this card during photography activity. The once of the reason is photographer can act like press or photographer from big agency while doing work. (^^")