Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Friday, November 14, 2008

macro di tepi tasik sesuai dengan konsep alam semulajadi yang menjadi tema dalam blog fototaklaku "berontak jiwa alam". hehe ok x ??

Saturday, November 8, 2008

Gelagat Biro Audio & Visual dalam merakamkan setiap aktiviti perkemahan di Teluk Batik.
-->Kimy (ketua Biro, Main Photographer)
-->Mad (penolong, Backup Photographer)
-->Rizal (penolong, Videographer)

Sunday, July 13, 2008

Sakit juga kepala fikir yang mana lebih bagus apabila orang bertanyakan soalan ini kepada saya. Jawapan saya yang paling mudah ialah “kau kaji lah sendiri yang mana lebih bagus” itu kepada orang yang tidak suka jawapan yang panjang lebar dan tidak suka dengar cerita, apa yang dia mahu ialah sebut jenama mana lebih bagus. Jawapan yang agak panjang sedikit ialah “Antara kedua-dua jenama ini saling bersaing. Jika Nikon hebat maka Canon akan mengeluarkan model baru yang lebih hebat dan begitulah sebaliknya. Jadi kau fikir lah sendiri yang mana paling hebat pada ketika ini”. Saya juga sebenarnya pernah bertanyakan soalan ini kepada jurugambar yang lebih berpengalaman. Antara jawapan yang menarik ialah “Nikon bagus sebab warna lebih nampak vivid dan lebih menyerlah” manakala Canon pula ialah “ Canon bagus sebab menggunakan CMOS sensor berbanding SLR untuk consumer(budget SLR) yang lain. Pada setting ISO tinggi kamera Canon kurang kesan Noise berbanding Nikon” . Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah kedua-dua jenama ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.