Tahun 2009 ni aku telah reka preamp untuk gitar lektrik kepunyaan adik aku sementara dia memdapatkan amp untuk gitarnya sendiri. senang je guna alat ni sebab kita terus plug in kepada speaker atau sound card komputer (creative sound blaster) dan juga ke AUX inpu (biasanya terdapat pada sistem PA di rumah).
gambar 1 st menunjukkan preamp yang telah siap dan sedang diuji pada gitar lektrik. gambar 2nd menunjukkan rupa litar yang siap dipasang. gambar 3rd menunjukkan setiap komponen yang dipasang dipasangkan baju. secara teori kotak yang perlu aku gunakan untuk memasukkan litar mestilah terdiri daripada logam
( untuk kurangkan kesan hingar (noise) ) tapi apa boleh buat kotak logam saiz kecil tak ada so terpaksalah aku beli kotak plaktik dari kedai elektronik. kualiti bunyi boleh dikatakan errm " bolehlah", tak lah terlalu teruk sangat sebab litar yang aku gunakan ringkas je so tak ada apa yang boleh diharapkan sangat dari segi kualiti bunyi.
Thursday, January 1, 2009
Labels: maklumat | 1 comments
Ini adalah Malaysian Dj yang aku kagumi dan sangat minat muzik hasil mixing beliau. Semoga tahun baru banyak memberikan inprirasi dan bertambah rezeki. Sokongan peminat adalah penting dalam membina kareer. diharap Ody Dozz dapat mencapai kehebatan setanding dengan Dj bertaraf Dunia.
klik disini untuk melihat profile.
http://www.thedjlist.com/djs/ODY_DOZZ/
Labels: maklumat | 3 comments
Friday, December 26, 2008
HAHAHA baru sekarang pada 27/12/2008 pada jam 11.40 pm aku telah jumpa charger batery kamera yang dicari sejak kebelakangan ini. Memang letih jugak cari benda ini dan akhirnya aku terjumpa charger bateri dalam cpu komputer aku. Nasib baiklah teringat nak scan virus guna desktop dengan menggunakan hardisk laptop. Komputer aku guna software original kaspersky antivirus so memang selamat jugaklah dari virus tapi tahan mana aku tak pasti. So apa saja yang aku rasa ada virus je contohnya laptop aku walaupun ada software antivirus aku tetap scan guna desktop.
Baiklah bercakap tentang CPU komputer, aku ingin share sedikit info modding serta overclocking (OC) yang telah aku buat pada CPU aku. Komputer dibina sendiri oleh adik beradik aku, yang turut share duit untuk beli hardware semata-mata untuk main game. kalau nak di ikutkan memang beribu ringgit jugaklah habis semata-mata CPU saja. OC memang memberi pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Aku guna Mobo ASUS M2N SLI-DELUXE dengan chipset Nforce 570 kalau tak silap aku sebab dibeli pada tahun 2007. boleh dikatakan mobo ini adalah jenis high end sebab dilengkapi dengan segala tools untuk modding dan OC.
Pada permulaan OC processor, aku telah tinggikan voltage hingga1.5 volt dengan menggunakan heatsink asal. aku guna AMD ATHLON 64K + 4800, temperature naik gila dan dengan pantas setinggi 127°C suhu normal beroperasi adalah sebaiknya kurang daripada 70°C. pada ketika suhu tersebut mobo telah detect dan cut-off power voltage. lama-kelamaan tanpa aku sedar sebernarnya 1 core telah hangus dan processor aku guna hanya 1 core untuk jalankan operasi. sehinggalah 1 ketika dimana aku tukar graphic card baru Nvidia GeForce 9800 GT dan instal game. Pada ketika aku main game tetiba PC off, aku pun mulalah hairan.
setelah diperiksa, rupanya-rupanya 1 lagi core processor hangus so duo core 2 hangus tinggal tiada core kira kena beli yang baru lah untuk ganti processor. Lagi sekali duit habis beli benda alah ni dan sekarang guna processor AMD PHENOM +5000, dan ada tricore. sekarang aku boleh main game dengan aman dan damai tak tahu lah bila ketiga-tiga core nak hangus gara-gra OC. Kemungkinan nak hangus agak jauh sebab aku pun dah tukar heatsink CoolerMaster Hyper
TX yang lebih effisyen.
Gambar di atas ialahCoolerMaster Hyper TX
gambar disebelah ialah CPU aku dan tanda yang dibulatkan merah ialah harddisk laptop dan gambar charger bateri kamera yang terperosok masuk ke dalam CPU.
hehe aku dengan bangganya nak bagi tau game apa yang aku dah abis main sejak kebelakangan ni:-
- Call Of Duty 4 - modern warfare
- FEAR - first encounter assault recon (permulaan)
- FEAR - extraction point (sambungan)
- Half-Life 2 - second trilogy (permulaan)
- Half-Life 2 - episode 1 (sambungan)
- Half-Life 2 - episode 2 (sambungan)
- Half-Life 2 - lost coast
- stalker - the shadow of shinobly
- Far cry 2
Labels: maklumat | 3 comments
Sunday, December 7, 2008
Sunpak adalah jenama altenatif kepada photographer yang kurang budget membeli flash berjenama daripada kameranya sendiri. Saya adalah salah seorang pengguna Sunpak PZ42X seperti di atas. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya selama menggunakan Flash ini. Pada mulanya saya menyimpan duit untuk membeli Canon 430ex, namun apakan daya setelah berada di kedai kamera Flash Canon kehabisan stock. Di masa itu fikiran mula dihantui untuk membeli lens Canon 50mm F1.8 II setelah diracun oleh jurujual, saya mula berfikir, setelah berfikir lalu saya membeli Flash Sunpak dengan Canon 50mm f1.8 II . Sekarang sudah hampir 1 tahun aku menggunakan barang ini.Kualiti memanglah padan dengan harganya yang murah. Hot-shoe plastic dan dengan lock jenis skru. Masalah apabila anda pusing untuk lock kuat-kuat, setelah ambil gambar dan ingin mencabut Flash dari kamera anda akan rasa begitu ketat pusing unlock. Mungkin disebabkan kita letih agaknya.
Head
Head dia memang best sebab boleh pusing mengalahkan Canon 430 ex, pusing ke kiri 180° , kanan 120° dan atas 180° . Masalah timbul apabila saya menggunakan Lembency Flash Difusser, (macam Gary Fong) benda ini berat kemudian lekatkan di head. Head anda akan rotate kemana saja berdasarkan berat Difusser tersebut, hal ini disebabkan Head tak boleh lock. So dia punya head memang lembut.

Fungsi
setakat ini ok-lah sebab gunakan E-TTL (Eluative through the lens), so dia dapat baca exposure dengan bagus. Flash ni tidak ada second curtain syncronize dan hanya dapat focus pada center AF point selain itu jika anda menggunakan mode manual flash, flash ini akan auto save setting yang telah diset dan tiada default setting.
Masalah dihadapi sekarang
Apabila saya mengeluarkan filter wide panel dan menutupnya semula, pada LCD indicator masih menunjukkan icon wide panel. Masalah ini membuatkan anda tidak boleh setting power ratio dengan head distance secara manual. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengetuk head flash ini (jangan ketuk kuat sangat nati tak pasal jahanam).
Hakcipta terpelihara oleh FotoTakLaku
Labels: maklumat | 0 comments
Friday, November 28, 2008
Ini adalah verdict daripada "Digital Camera Megazine" isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999. Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan. Nota selebihnya anda boleh klik pada gambar di bawah untuk besarkan.Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.
Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.
Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media, FotoTakLaku dan photozone.de.
Labels: maklumat | 9 comments
Wednesday, October 8, 2008
Saturday, September 27, 2008
This is how fototaklaku card look.
This card used to shown the fototaklaku menbers. Its look cool when we wear this card during photography activity. The once of the reason is photographer can act like press or photographer from big agency while doing work. (^^")
Labels: maklumat | 0 comments
Cheers from Fototaklaku!
Labels: maklumat | 0 comments
Friday, September 26, 2008
Ini adalah hari terakhir kami bersama idris. gambar ini juga adalah gambar yang terakhir diambil bersama Idris. kami berharap anda berjaya mencapai cita-cita anda di sana. Bila pulang ke Malaysia jangan lupakan kami. Dari kiri Fizi, Faiz dan Idris.
![]() |
| From blog2 |
Labels: maklumat | 0 comments
Friday, August 15, 2008
Kata orang di kawasan kediaman saya, "pelan-pelan kayuh" yang bermaksud kalau nak mulakan sesuatu haruslah study->faham betul-betul kemudian buat latihan dan barulah ada kemahiran. Begitu juga dalam bidang ni, nak ambil gambar orang dan lain-lain perlu ada kemahiran barulah gambar yang dihasilkan adalah SUPERB. Ketika nak mulakan bidang ini kita tak perlu beli kamera yang mahal-mahal, cukup sekadar mengikut kemampuan dan kamera. Beli kamera yang mahal-mahal tapi tak tahu guna tiada guna juga, so yang penting sekarang kita haruslah mengetahui setiap function yang ada supaya kamera dapat digunakan sepenuhnya. Maka berbaloi-lah dengan duit yang kita keluarkan kerana kita menggunakan sepenuhnya kamera yang dimiliki oleh kita sendiri.
Jangan rasa malu melihat orang lain atau jurugambar memegang kamera besar-besar yang lengkap dengan segala peralatan, sebaliknya buat slumber (buat bodoh) je bila melihat mereka ini ketika kita sedang ambil gambar. Apa yang penting di sini kalau kita mahu kemahiran yang tinggi dalam bidang ini kita janganlah biarkan perkara lain mengganggu konsentrasi kita (suka hati akulah buat apa pun pedulikan orang lain nak cakap). Walaupun kita menggunakan compact camera yang berharga di bawah RM1000 sekalipun kita kena slumber dan practice juga ambil gambar.
Kepada pengguna SLR jangan biarkan kamera anda sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja, sebaliknya gunalah kamera tersebut dengan tujuan yang betul dan tahu cara penggunaannya. Pada pendapat saya, penggunaan mode AUTO adalah tidak digalakkan begitu juga dengan pendapat jurugambar yang lain kerana SLR memberikan kita peluang untuk mengawalnya dan jangan kita sia-sia-kan peluang ini. Mengawal slr bukan mudah seperti yang disangka, kerana kita perlu ada teori dan kemahiran untuk mengawalnya supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti apa yang kita mahukan.
Kepada pengguna compact camera, jangan berasa malu untuk mencuba perkara baru. Compact camera sekarang memang canggih-canggih sehinggakan function yang ada pada SLR ada pada kamera ini. Pelan-pelan kayuh, mula-mula guna compact kamera dulu dalam masa yang sama simpan duit mungkin suatu hari nanti anda telah menguasai asas photography dan ingin men-upgrade kamera anda, teruskan niat anda. Banyak kamera di pasaran, jika anda tahu asas photography maka anda juga tahu kamera yang sesuai untuk anda pada suatu hari nanti.
Konklusinya, kita haruslah berusaha jika inginkan sesuatu pencapaian terhadap diri kita dan mendatangkan faedah. Dalam bidang ini usaha amat penting dalam mempertingkatkan kemahiran supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti mana kita mahukan.
kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.
Labels: maklumat | 0 comments
Friday, July 18, 2008
Baru-baru ini kawan saya menberitahu saya dia ternampak jurugambar menggunakan kamera Nikon dan Lens Sigma. Dia bertanya “bolehkah tidak menggunakan lens Nikkor? “Saya menerangkan kepadanya dan dari situlah saya mendapat idea untuk mengarang artikel ini dan juga artikel tambahan berkenaan tentang grey market product.
Apakah third party product?Pengilang yang mengeluarkan peralatan tambahan seperti lens, flash dan lain-lain untuk jenama kamera tertentu seperti Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Sebagai contoh Sigma, Tokina, Tamron menbuat lens untuk jenama Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Bagi pengilang yang membuat peralatan untuk jenamanya sendiri maka ia dikenali sebagai first party. Sebagai contoh Canon membuat lens untuk kemera berjenama Canon. Kita sebagai pengguna kepada barangan first party dikenali sebagai second party.
Apakah grey market product?
Ialah kedai yang menjual produk import yang tidak melalui pengedar yang sah. Ada pekedai yang terus ke negara pengeluar kamera seperti negara Jepun untuk membeli barangan kamera untuk jualan di kedainya. Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan tidak diiktiraf oleh syarikat pengeluar kamera seperti mana pengedar sah di dalam sesuatu negara. Maka ada sesetengah pekedai tidak menggunakan perkataan “grey market product” kepada barangan tersebut malah menggunakan perkataan barangan “direct import”, jadi kita harus berhati- hati.
Apakah masalah yang timbul apabila menggunakan barangan “grey market product”?
- Masalah yang akan timbul ialah apabila barangan(kamera) tersebut rosak, Syarikat kamera atau pengedar di dalam sesebuah negara tidak mengiktiraf warranty kamera tersebut. Sebagai contoh Canon mengiktiraf warranty pengedar Canon yang sah di Malaysia, jika kamera tersebut dibeli dari negara lain maka tiada warranty di Malaysia.
- Kamera berkemungkinan berkualiti rendah. Biasanya kamera grey market product mempunyai lain nama, label dan sebagainya tidak seperti yang diberikan oleh pengedar yang sah. Set kamera yang dijual di dalam bungkusan mungkin tidak sesuai digunakan di dalam negara kita.
- Manual yang diberikan mungkin dalam bahasa yang kita tidak fahami lansung.
kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.
Labels: maklumat | 0 comments
Wednesday, July 9, 2008
10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda. Saya telah menjawab soalan tersebut sebagai jurugambar dan jurugambar perkahwinan, ini jawapan saya. Jika anda menpunyai soalan yang sama, anda boleh rujuk disini.
Soalan seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Soalan 1: Berapa lamakah pengalaman anda dalam bidang fotografi perkahwinan?
Saya terjebak dalam hobi photography sejak berumur 15 tahun. Pada umur 18 tahun saya memulakan kerja dan belajar tentang jurugambar perkahwinan setelah menbeli sebuah kamera DSLR. Buat masa sekarang saya berasa bersedia untuk menjadi jurugambar perkahwinan untuk proses pembelajaran dan sedikit pendapatan.
Soalan 2: Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh masa?
Sudah tentu secara sambilan kerana saya seorang pelajar. Saya seorang pelajar IPTA, untuk menampung keperluan dan kewangan saya harus bekerja. Jika saya berasal dari keluarga berada sudah tentu photography dijadikan hobi semata-mata dan bukan sumber pendapatan.
Soalan 3: Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
Saya menggunakan peralatan digital sejak mula terjebak dalam bidang ini. Kamera Canon adalah kemera yang saya gunakan sepenuhnya bersama beberapa lensa.
Soalan 4: Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
Sudah tentu, tidak lama lagi saya pasti akan upload-kan foto yang saya ambil dan edit untuk tatapan umun. Di situ anda boleh menilai kemanpuan saya.
Soalan 5: Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
Lebih suka kepada "Neutral" dengan meminimunkan editing saya dapat menunjukkan keaslian sesuatu gambar. Setiap kali sesi photography saya akan menggunakan sepenuhnya funsi pada kamera supaya editing dapat dikurangkan(nampak cantik dari kamera walaupun tidak edit).
Soalan 6: Berapakah harga yang anda kenakan untuk perkhidmatan anda?
Sebagai pelajar saya tidak akan mengenakan bayaran yang mahal hanya sekadar pusingan modal seperti petrol, printing dan sebagainya. Jurukamera professional akan meletakkan harga yang tinggi kerana mereka berpengalaman dalam bidang photography dan bekerja sepenuh masa untuk dijadikan sumber pendapatan utama mereka.
Soalan 7: Adakah apa-apa syarat lain atau bayaran tambahan yang akan dikenakan?
Tiada syarat-syarat lain untuk bayaran. Pelanggan saya akan menggunakan satu syarat sahaja.
Soalan 8: Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan gambar?
Lebih kurang dua minggu dan biasanya kurang dari dua minggu. Sebagai seorang pelajar saya juga sibuk dengan jadual harian, jadi saya akan lebih mengutamakan foto untuk disiapkan walaupun memakan masa yang agak lama.
Soalan 9: Dalam bentuk apakah gambar siap akan diberi?
Jika saya bekerja sebagai jurugambar perkahwinan saya akan menberikan foto yang telah siap dicetak(print) bersaiz 4R, bersama sekeping CD untuk rujukan masa akan datang kepada pengantin. Jika saya bekerja sebagai jurugambar untuk sesuatu aktiviti maka saya akan menberikan atau menjual gambar tersebut dalam bentuk foto siap dicetak atau CD.
Soalan 10: Adakah negatif atau imej asal akan diberi?
Bergantung kepada perhikmtan yang saya berikan. Gambar perkahwinan saya akan menberikan imej asal dalam bentuk CD.
Terima Kasih kepada saudara Hasnuddin Abu Samah kerana mengirimkan e-mail soalan sebagai newsletter.
http://www.adan.biz
Labels: maklumat | 0 comments


FLICKR: