Friday, July 18, 2008

Kepada sesiapa yang normal atau gila photography bolehlah masuk pertandingan ini.

Tarikh akhir ialah pada: 15/8/2008.

website: http://www.picturekl.com/

Apa tunggu lagi galas lah beg SLR korang pergi ke KL untuk shoot segalanya di sana.

ARGGH! Tension betul saya tak ada budget untuk ke KL. Semuanya gara-gara mulanya semester baru, saya terpaksa gunakan budget tersebut untuk yuran pengajian, sewa rumah untuk 6 bulan, servis motosikal, beli/cetak modul, beli barang kamera, itu-lah & ini-lah serabut otak fikir tentang budget.

Baru-baru ini kawan saya menberitahu saya dia ternampak jurugambar menggunakan kamera Nikon dan Lens Sigma. Dia bertanya “bolehkah tidak menggunakan lens Nikkor? “Saya menerangkan kepadanya dan dari situlah saya mendapat idea untuk mengarang artikel ini dan juga artikel tambahan berkenaan tentang grey market product.

Apakah third party product?
Pengilang yang mengeluarkan peralatan tambahan seperti lens, flash dan lain-lain untuk jenama kamera tertentu seperti Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Sebagai contoh Sigma, Tokina, Tamron menbuat lens untuk jenama Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Bagi pengilang yang membuat peralatan untuk jenamanya sendiri maka ia dikenali sebagai first party. Sebagai contoh Canon membuat lens untuk kemera berjenama Canon. Kita sebagai pengguna kepada barangan first party dikenali sebagai second party
.

Apakah grey market product?

Ialah kedai yang menjual produk import yang tidak melalui pengedar yang sah. Ada pekedai yang terus ke negara pengeluar kamera seperti negara Jepun untuk membeli barangan kamera untuk jualan di kedainya. Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan tidak diiktiraf oleh syarikat pengeluar kamera seperti mana pengedar sah di dalam sesuatu negara. Maka ada sesetengah pekedai tidak menggunakan perkataan “grey market product” kepada barangan tersebut malah menggunakan perkataan barangan “direct import”, jadi kita harus berhati- hati.

Apakah masalah yang timbul apabila menggunakan barangan “grey market product”?

  1. Masalah yang akan timbul ialah apabila barangan(kamera) tersebut rosak, Syarikat kamera atau pengedar di dalam sesebuah negara tidak mengiktiraf warranty kamera tersebut. Sebagai contoh Canon mengiktiraf warranty pengedar Canon yang sah di Malaysia, jika kamera tersebut dibeli dari negara lain maka tiada warranty di Malaysia.
  2. Kamera berkemungkinan berkualiti rendah. Biasanya kamera grey market product mempunyai lain nama, label dan sebagainya tidak seperti yang diberikan oleh pengedar yang sah. Set kamera yang dijual di dalam bungkusan mungkin tidak sesuai digunakan di dalam negara kita.
  3. Manual yang diberikan mungkin dalam bahasa yang kita tidak fahami lansung.

kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.

Sunday, July 13, 2008

Jawapan munkin tidak tepat! Artikel ini ditulis mengikut kefahaman saya setelah belajar sesuatu.

Apakah High Dynamic Range (HDR)?
HDR ialah gambar yang menggunakan tona warna yang menyeluruh di dalam sesuatu gambar. Keamatan tona terang yang beransur gelap berubah di dalam sesuatu gambar amat penting kerana ia melambangkan perubahan warna permukaan mengikut sinaran cahaya dan bayang-bayang.

Sejarah.

  1. Dibangunkan oleh Charles Wyckoff pada tahun 1930an – 1940an apabila beliau mengkaji struktur letupan nuklear . Hasil kerja beliau diterbitkan dia dalam Life Megazine keluaran tahun 1940an.
  2. Proses menjadikan gambar yang mempunyai HDR dengan menggunakan teknologi digital diperkenalkan pada tahun 1993.
  3. Teknik menggabungkan beberapa gambar yang mempunyai nilai kecerahan(exposure) yang berbeza untuk dijadikan gambar yang mempunyai HDR diperkenalkan oleh ahli komuniti seni grafik iaitu Paul Debevec pada tahun 1997.
Di bawah ialah hasil kerja saya yang mempunyai kesan HDR. Sila klik gambar di bawah untuk paparan lebih besar.klik untuk besarkanklik untuk besarkan

Sakit juga kepala fikir yang mana lebih bagus apabila orang bertanyakan soalan ini kepada saya. Jawapan saya yang paling mudah ialah “kau kaji lah sendiri yang mana lebih bagus” itu kepada orang yang tidak suka jawapan yang panjang lebar dan tidak suka dengar cerita, apa yang dia mahu ialah sebut jenama mana lebih bagus. Jawapan yang agak panjang sedikit ialah “Antara kedua-dua jenama ini saling bersaing. Jika Nikon hebat maka Canon akan mengeluarkan model baru yang lebih hebat dan begitulah sebaliknya. Jadi kau fikir lah sendiri yang mana paling hebat pada ketika ini”. Saya juga sebenarnya pernah bertanyakan soalan ini kepada jurugambar yang lebih berpengalaman. Antara jawapan yang menarik ialah “Nikon bagus sebab warna lebih nampak vivid dan lebih menyerlah” manakala Canon pula ialah “ Canon bagus sebab menggunakan CMOS sensor berbanding SLR untuk consumer(budget SLR) yang lain. Pada setting ISO tinggi kamera Canon kurang kesan Noise berbanding Nikon” . Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah kedua-dua jenama ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

klik untuk besarkanPerkahwinan Marnisa dan Khairul Syafian yang diadakan pada 22.12.2007 bertempat di Sungai Petani Kedah. Terima kasih kepada pengantin yang sporting kepada jurugambar. Sila klik gambar di sebelah untuk paparan lebih besar dan juga muat-turun.

Saturday, July 12, 2008

Klik untuk besarkanSetelah lama saya menyimpan gambar perkahwinan yang pernah saya ambil pada suatu ketika dahulu akhirnya saya keluarkan juga untuk tatapan umum. Perkahwinan Muhamad Rizal dan Siti Hajar berlansung selama 2 hari pada 2.3.2008 dan3.3.2008. Sila klik gambar di sebelah untuk paparan lebih besar dan juga muat-turun.

Wednesday, July 9, 2008

10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda. Saya telah menjawab soalan tersebut sebagai jurugambar dan jurugambar perkahwinan, ini jawapan saya. Jika anda menpunyai soalan yang sama, anda boleh rujuk disini.

Soalan seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Soalan 1: Berapa lamakah pengalaman anda dalam bidang fotografi perkahwinan?
Saya terjebak dalam hobi photography sejak berumur 15 tahun. Pada umur 18 tahun saya memulakan kerja dan belajar tentang jurugambar perkahwinan setelah menbeli sebuah kamera DSLR. Buat masa sekarang saya berasa bersedia untuk menjadi jurugambar perkahwinan untuk proses pembelajaran dan sedikit pendapatan.

Soalan 2: Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh masa?
Sudah tentu secara sambilan kerana saya seorang pelajar. Saya seorang pelajar IPTA, untuk menampung keperluan dan kewangan saya harus bekerja. Jika saya berasal dari keluarga berada sudah tentu photography dijadikan hobi semata-mata dan bukan sumber pendapatan.

Soalan 3: Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
Saya menggunakan peralatan digital sejak mula terjebak dalam bidang ini. Kamera Canon adalah kemera yang saya gunakan sepenuhnya bersama beberapa lensa.

Soalan 4: Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
Sudah tentu, tidak lama lagi saya pasti akan upload-kan foto yang saya ambil dan edit untuk tatapan umun. Di situ anda boleh menilai kemanpuan saya.

Soalan 5: Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
Lebih suka kepada "Neutral" dengan meminimunkan editing saya dapat menunjukkan keaslian sesuatu gambar. Setiap kali sesi photography saya akan menggunakan sepenuhnya funsi pada kamera supaya editing dapat dikurangkan(nampak cantik dari kamera walaupun tidak edit).

Soalan 6: Berapakah harga yang anda kenakan untuk perkhidmatan anda?
Sebagai pelajar saya tidak akan mengenakan bayaran yang mahal hanya sekadar pusingan modal seperti petrol, printing dan sebagainya. Jurukamera professional akan meletakkan harga yang tinggi kerana mereka berpengalaman dalam bidang photography dan bekerja sepenuh masa untuk dijadikan sumber pendapatan utama mereka.

Soalan 7: Adakah apa-apa syarat lain atau bayaran tambahan yang akan dikenakan?
Tiada syarat-syarat lain untuk bayaran. Pelanggan saya akan menggunakan satu syarat sahaja.

Soalan 8: Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan gambar?
Lebih kurang dua minggu dan biasanya kurang dari dua minggu. Sebagai seorang pelajar saya juga sibuk dengan jadual harian, jadi saya akan lebih mengutamakan foto untuk disiapkan walaupun memakan masa yang agak lama.

Soalan 9: Dalam bentuk apakah gambar siap akan diberi?
Jika saya bekerja sebagai jurugambar perkahwinan saya akan menberikan foto yang telah siap dicetak(print) bersaiz 4R, bersama sekeping CD untuk rujukan masa akan datang kepada pengantin. Jika saya bekerja sebagai jurugambar untuk sesuatu aktiviti maka saya akan menberikan atau menjual gambar tersebut dalam bentuk foto siap dicetak atau CD.

Soalan 10: Adakah negatif atau imej asal akan diberi?
Bergantung kepada perhikmtan yang saya berikan. Gambar perkahwinan saya akan menberikan imej asal dalam bentuk CD.

Terima Kasih kepada saudara Hasnuddin Abu Samah kerana mengirimkan e-mail soalan sebagai newsletter.
http://www.adan.biz

Kepada Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Perhatian kepada semua pelajar yang memerlukan khidmat jurugambar kini ada berita yang amat mengembirakan anda. Anda boleh mendapatkan perhidmatan jurukamera pada harga yang sangat berpatutan dan sangat berkualiti. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat jurukamera sila hubungi kimy: http://profiles.friendster.com/time4kim atau e-mail: kirosakimy@yahoo.com

ANTARA PAKEJ YANG DITAWARKAN.

PAKEJ 1

  1. Harga perhidmatan untuk 1 sesi ialah RM30.
  2. Sesi photography dalam masa lebih kurang 1 jam.
  3. CD akan dijual kepada pelanggan RM3.
  4. kesemua photo dalam sesi tersebut sebanyak 50 keping.
  5. Setiap photo yang dimasukkan dalam CD tidak di-edit-kan tiada ubai-suai dibuat, semuanya gambar ORI.
  6. Pelanggan juga boleh print gambar yang dimahukan, sila rujuk senarai harga di bawah.

PAKEJ 2
  1. Harga perhidmatan untuk 1 sesi ialah RM50.
  2. Sesi photography dalam masa lebih kurang 3 jam.
  3. CD akan dijual kepada pelanggan RM3.
  4. Kesemua photo dalam sesi tersebut sebanyak 100 keping.
  5. Setiap photo yang dimasukkan dalam CD tidak di-edit-kan tiada ubai-suai dibuat, semuanya gambar ORI.
  6. Pelanggan juga boleh print gambar yang dimahukan, sila rujuk senarai harga di bawah.
Senarai Harga Cetakan(print).
  1. Gambar bersaiz 3R berharga RM 0.60 2 keping.
  2. Gambar bersaiz 4R berharga RM 0.60 sekeping.
  3. Gambar bersaiz 6R berharga RM 4.50 sekeping.
  4. Gambar bersaiz 8R berharga RM 8.00 sekeping.
PERHATIAN
  1. Setiap pelanggan dikehendaki menhubungi kimy lebih awal daripada hari sesi photography hendak dijalankan.
  2. Bayaran hendaklah dijelaskan semasa sesi tersebut.
  3. Anda juga boleh menbayar deposit jika anda betul-betul mahukan perhidmatan jurukamera pada hari dan tarikh yang ditetapkan.
  4. Kimy akan menhubungi wakil anda untuk mengagihkan CD dan gambar yang siap dicetak seperti yang telah dipesan.
Edit/Retouch Gambar
  1. Jika anda memerlukan retouch(mencantikkan lagi) gambar maka bayaran perhidmatan akan dikenakan.
  2. Bayaran perhidmatan bedasarkan berapa keping foto yang hendak di-retouch.
  3. 1 keping foto(biasa) yang telah retouch berharga RM1.
  4. Jika anda menpunyai idea sendiri dan hendak edit/retouch menggunakan perhidmatan jurukamera, anda boleh runding dengan kimy.
POLISI
  1. Kimy tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang berlaku semasa sesi photography.
  2. setiap pelanggan dikehendaki mengisi borang yang telah diberikan pada sesi photography.
  3. Bayaran hendaklah dijelaskan mengikut harga yang ditetapkan(tidak dibenarkan hutang).