Urghh!! boring tul aku dengan latihan industri. Waktu tak ada keja memang relex sangat sampai tertidur dalam office, tapi bila waktu ada keja memang banyak sangat keja sampai jadi letih. Aku kerja di kilang Fairchaild Semiconductor di Bayan Lepas Penang. Tugas aku adalah pengumpul data, jalankan mesin dan buat ujikaji terhadap Die yang telah di-attach pada Frame (strip).
Proses yang aku kena lakukan
Wafer-> wafer saw-> Die attach-> Wire bonding-> pasang penutup (yang color hitam badan IC apa nama dia aku tak ingat)-> testing pack. So yang di-highlight tu adalah bahagian aku.
Seperti pada gambar yang korang tengok tu bukan gambar aku bergambar di depan cermin, tapi itu adalah wafer yang belum disaw. Wafer tu dah reject sebab patah pada bahagian curve, so susah riject dan telah dikitar semula menjadi cermin. Creative jugak Engineer di sini macam-macam kraf tangan boleh dibuat dengan menggunakan bahan reject.
Wednesday, February 11, 2009
Labels: aktiviti | 3 comments
Thursday, January 1, 2009
Tahun 2009 ni aku telah reka preamp untuk gitar lektrik kepunyaan adik aku sementara dia memdapatkan amp untuk gitarnya sendiri. senang je guna alat ni sebab kita terus plug in kepada speaker atau sound card komputer (creative sound blaster) dan juga ke AUX inpu (biasanya terdapat pada sistem PA di rumah).
gambar 1 st menunjukkan preamp yang telah siap dan sedang diuji pada gitar lektrik. gambar 2nd menunjukkan rupa litar yang siap dipasang. gambar 3rd menunjukkan setiap komponen yang dipasang dipasangkan baju. secara teori kotak yang perlu aku gunakan untuk memasukkan litar mestilah terdiri daripada logam( untuk kurangkan kesan hingar (noise) ) tapi apa boleh buat kotak logam saiz kecil tak ada so terpaksalah aku beli kotak plaktik dari kedai elektronik. kualiti bunyi boleh dikatakan errm " bolehlah", tak lah terlalu teruk sangat sebab litar yang aku gunakan ringkas je so tak ada apa yang boleh diharapkan sangat dari segi kualiti bunyi.
Labels: maklumat | 1 comments
Ini adalah Malaysian Dj yang aku kagumi dan sangat minat muzik hasil mixing beliau. Semoga tahun baru banyak memberikan inprirasi dan bertambah rezeki. Sokongan peminat adalah penting dalam membina kareer. diharap Ody Dozz dapat mencapai kehebatan setanding dengan Dj bertaraf Dunia.
klik disini untuk melihat profile.
http://www.thedjlist.com/djs/ODY_DOZZ/
Labels: maklumat | 3 comments