Baru-baru ini kawan saya menberitahu saya dia ternampak jurugambar menggunakan kamera Nikon dan Lens Sigma. Dia bertanya “bolehkah tidak menggunakan lens Nikkor? “Saya menerangkan kepadanya dan dari situlah saya mendapat idea untuk mengarang artikel ini dan juga artikel tambahan berkenaan tentang grey market product.
Apakah third party product?
Pengilang yang mengeluarkan peralatan tambahan seperti lens, flash dan lain-lain untuk jenama kamera tertentu seperti Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Sebagai contoh Sigma, Tokina, Tamron menbuat lens untuk jenama Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Bagi pengilang yang membuat peralatan untuk jenamanya sendiri maka ia dikenali sebagai first party. Sebagai contoh Canon membuat lens untuk kemera berjenama Canon. Kita sebagai pengguna kepada barangan first party dikenali sebagai second party.
Apakah grey market product?Ialah kedai yang menjual produk import yang tidak melalui pengedar yang sah. Ada pekedai yang terus ke negara pengeluar kamera seperti negara Jepun untuk membeli barangan kamera untuk jualan di kedainya.
Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan tidak diiktiraf oleh syarikat pengeluar kamera seperti mana pengedar sah di dalam sesuatu negara. Maka ada sesetengah pekedai tidak menggunakan perkataan
“grey market product” kepada barangan tersebut malah menggunakan perkataan
barangan “direct import”, jadi kita harus berhati- hati.
Apakah masalah yang timbul apabila menggunakan barangan “grey market product”?
- Masalah yang akan timbul ialah apabila barangan(kamera) tersebut rosak, Syarikat kamera atau pengedar di dalam sesebuah negara tidak mengiktiraf warranty kamera tersebut. Sebagai contoh Canon mengiktiraf warranty pengedar Canon yang sah di Malaysia, jika kamera tersebut dibeli dari negara lain maka tiada warranty di Malaysia.
- Kamera berkemungkinan berkualiti rendah. Biasanya kamera grey market product mempunyai lain nama, label dan sebagainya tidak seperti yang diberikan oleh pengedar yang sah. Set kamera yang dijual di dalam bungkusan mungkin tidak sesuai digunakan di dalam negara kita.
- Manual yang diberikan mungkin dalam bahasa yang kita tidak fahami lansung.
kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.