Friday, November 28, 2008

The Rojak Post adalah campuran foto yang dibuat rojak, ehh bukanlah. Sebenarnya saya malas nak buat setiap foto ada dalam new post so senang cerita saya buat rojak. Pada masa akan datang mungkin saya akan buat lagi rojak untuk Part 2 dan seterusnya. Jangan risau ini rojak bukan sebarang rojak, setiap foto ada ceritanya yang tersendiri. So Check It Out!The New Workplace, ya memang pun. Bilik tidur saya yang di bawah post my workplace pada post yang lalu kalau anda lihat memang berserabut. Tapi sekarang dah kemas skit (sikit jelah). Disini lah kerja penyuntingan gambar dibuat, diharap dengan rupa baru bertambah selesa bila buat kerja.

Gambar ini pula menceritakan seorang warga tua yang berjalan di tepi jalan melawan arus. Tiada apa pun yang menarik dalam foto ni tapi bagi saya inilah gambar candid spontan. Gambar ini diambil pada ermm (entah bila) masa saya melawat kedai kamera. Di kedai kamera Clik n Snap (Komtar) saya mencuba lens Canon 18-200mm is, masa saya angkat kamera nak setting tertekan shutter dan bila dilihat inilah hasilnya.
Proton Wira 1.6 telah menjadi 1.8 buatan individu di dalam Malaysia. Bila pandang dari luar memang tak ada apa yang best pun sebab bodykit Wira. Bila pandang 2 kali bahagian dalam dan enjin (enjin Mitsubishi 4G93) telah pun diubah suai dah tak macam Wira lagi. Ini adalah kereta kawan saya yang memang kaki Racing dan memang suka membahayakan diri sendiri di jalan raya serta di lorong-lorong dan pernah terlibat dalam kemalangan. hehe (^^")
Panduan untuk menjaga pakaian anda (sila klik gambar untuk dibesarkan) gambar ni diambil di dalam IKEA. Sorry lah, saya terlupa rotate pulak.

Ini adalah verdict daripada "Digital Camera Megazine" isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999. Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan. Nota selebihnya anda boleh klik pada gambar di bawah untuk besarkan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.
Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media, FotoTakLaku dan photozone.de.

Monday, November 24, 2008


hehe, versi berhantu seperti telah tidak diduduki oleh penghuni. Taman KTC (Kulim Technology center) di Kulim Kedah lah di mana lagi. Gambar HDR di ambil 8 exposure pada 4 stop. f=8, 18mm (kit lens).

Thursday, November 20, 2008

Tamron AF 17-50mm f/2.8 SP XR Di II LD Aspherical [IF] (Canon). Sebab pemilihan lens ini mestilah disebabkan harga dan perfomance. Nak beli standard lens Canon macam Canon EF-S 17-55mm f/2.8 USM IS memang x mampu, harga lebih kurang RM3.6K. So third party pun jadilah yang penting optikal kuality dan gambar yang diambil kurang bermasalah.

Tuesday, November 18, 2008

I don't know who he is. I know who took his picture. I know who edited his picture.
Guess Who??

Friday, November 14, 2008

macro di tepi tasik sesuai dengan konsep alam semulajadi yang menjadi tema dalam blog fototaklaku "berontak jiwa alam". hehe ok x ??

Saturday, November 8, 2008

Siapakah yang paling cantik atau macho??

Gelagat Biro Audio & Visual dalam merakamkan setiap aktiviti perkemahan di Teluk Batik.
-->Kimy (ketua Biro, Main Photographer)
-->Mad (penolong, Backup Photographer)
-->Rizal (penolong, Videographer)

Friday, November 7, 2008


Ini adalah lawatan subjek pengurusan (E3007) ke Teluk Batik Perak. Di sini lah juga anda dapat melihat gadis cantik dan jejaka macho dari kelas aku (DKE 3B) yang menghiasi gambar ini. hahaha cari lah kedudukan aku di dalam gambar ini.