Friday, November 28, 2008

Ini adalah verdict daripada "Digital Camera Megazine" isu 35 November 2008 pada muka surat 115. Apa yang saya dapati disini dan berdasarkan pendapat sendiri, Nikon mendahului Canon dan Sony dari segi kualiti gambar. Walaupun saya pengguna Canon namun saya tidak berpihak kepada Canon semata-mata. Barang baik haruslah dipuji dan barang baik tak semestinya mahal. Harga DSLR Canon EOS 1000D = RM 1999, DSLR Nikon D60 = RM 2588 dan DSLR Sony Alpha = RM 2999. Mungkin padanlah dengan harga yang ditawarkan oleh Canon kerana Kualiti gambar kurang sedikit daripada Sony dan Nikon. Dari segi teknologi untuk budget DSLR ini, Canon mendahului dari segi Live View. Dari segi nilai (Value for money) Nikon dan Sony menpunyai nilai yang lebih tinggi daripada Canon walupun canon mempunyai harga yang lebih berpatutan. Nota selebihnya anda boleh klik pada gambar di bawah untuk besarkan.

Sekarang penilaian kepada Kit Lens pula. Nikon dan Canon mempunyai anti gegaran pada lens dan Sony menpunyai anti gegaran pada Body. Dalam menilai kualiti untuk ketiga-tiga jenama ini dengan merujuk nota pada gambar di atas Nikon mempuyai kualiti yang lebih baik daripada Canon dan Sony.
Kesimpulanya dalam memilih DSLR kita haruslah mengkaji dari setiap aspek. memanglah setiap jenama ada kelebihan dan kelemahan, apa yang paling penting, jika kita mahir maka tak mustahil kelemahan yang ada pada kamera dapat ditutup dengan kemahiran kita.

Hak cipta terpelihara oleh :Velocity Media, FotoTakLaku dan photozone.de.

9 comments:

t a r o said...

pembetulan, harga nikon d60 hanyalah pada aras rm2000.

kimy said...

nota yang aku taip berdasarkan majalah. lagipun x salah letak harga tinggi skit baru sama2 menang. memang nak letak harga lebih kurang 2000 tapi paham-paham lah x pasal2 kena gam plak. hehehe

t a r o said...

dan majalah tu nmpak mcm prob sbb nikkor 16-85mm adalah berharga rm2k++, bkn 1.3k++,

kimy said...

hehe yg penting kita x buat salah, klu x bleh kena dakwa huhu.

t a r o said...

nmpk sgt majalah ni mcm tak peka dengan harga pasaran

Nyze 二ザ Crazee said...

waaaaaaaaa....
pergadohan 2 ekor bdak (budak..bkn badak...)

t a r o said...

ini namanya debat la cik niza, haha

kimy said...

pdaus weh kau cuti kan, ada mana??

t a r o said...

aku ada dkt rumah , asal?