Kampung Nelayan, Teluk Kumbar, Penang.
atas jejantas(tak tahu nama tempat), Georgetown, Penang.
Saturday, August 30, 2008
Labels: aktiviti | 1 comments
Dulu asyik retouch dan malas edit gambar, sekarang mula menjadi rajin. Tak tahu apa sebabnya mungkin dirasuk hantu untuk mencipta effect dan gunakan di dalam gambar. Special thanks to Meen sebab bawa adiknya untuk bergambar bersama.
Labels: teknik | 0 comments
Friday, August 15, 2008
Kata orang di kawasan kediaman saya, "pelan-pelan kayuh" yang bermaksud kalau nak mulakan sesuatu haruslah study->faham betul-betul kemudian buat latihan dan barulah ada kemahiran. Begitu juga dalam bidang ni, nak ambil gambar orang dan lain-lain perlu ada kemahiran barulah gambar yang dihasilkan adalah SUPERB. Ketika nak mulakan bidang ini kita tak perlu beli kamera yang mahal-mahal, cukup sekadar mengikut kemampuan dan kamera. Beli kamera yang mahal-mahal tapi tak tahu guna tiada guna juga, so yang penting sekarang kita haruslah mengetahui setiap function yang ada supaya kamera dapat digunakan sepenuhnya. Maka berbaloi-lah dengan duit yang kita keluarkan kerana kita menggunakan sepenuhnya kamera yang dimiliki oleh kita sendiri.
Jangan rasa malu melihat orang lain atau jurugambar memegang kamera besar-besar yang lengkap dengan segala peralatan, sebaliknya buat slumber (buat bodoh) je bila melihat mereka ini ketika kita sedang ambil gambar. Apa yang penting di sini kalau kita mahu kemahiran yang tinggi dalam bidang ini kita janganlah biarkan perkara lain mengganggu konsentrasi kita (suka hati akulah buat apa pun pedulikan orang lain nak cakap). Walaupun kita menggunakan compact camera yang berharga di bawah RM1000 sekalipun kita kena slumber dan practice juga ambil gambar.
Kepada pengguna SLR jangan biarkan kamera anda sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja, sebaliknya gunalah kamera tersebut dengan tujuan yang betul dan tahu cara penggunaannya. Pada pendapat saya, penggunaan mode AUTO adalah tidak digalakkan begitu juga dengan pendapat jurugambar yang lain kerana SLR memberikan kita peluang untuk mengawalnya dan jangan kita sia-sia-kan peluang ini. Mengawal slr bukan mudah seperti yang disangka, kerana kita perlu ada teori dan kemahiran untuk mengawalnya supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti apa yang kita mahukan.
Kepada pengguna compact camera, jangan berasa malu untuk mencuba perkara baru. Compact camera sekarang memang canggih-canggih sehinggakan function yang ada pada SLR ada pada kamera ini. Pelan-pelan kayuh, mula-mula guna compact kamera dulu dalam masa yang sama simpan duit mungkin suatu hari nanti anda telah menguasai asas photography dan ingin men-upgrade kamera anda, teruskan niat anda. Banyak kamera di pasaran, jika anda tahu asas photography maka anda juga tahu kamera yang sesuai untuk anda pada suatu hari nanti.
Konklusinya, kita haruslah berusaha jika inginkan sesuatu pencapaian terhadap diri kita dan mendatangkan faedah. Dalam bidang ini usaha amat penting dalam mempertingkatkan kemahiran supaya gambar yang kita ambil menjadi seperti mana kita mahukan.
kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.
Labels: maklumat | 0 comments
Friday, August 1, 2008
Kami Gig at Penang.
Pada 26/8/2008 yang lalu, waktu itu boring gila lepak di rumah. Kemudian call menber untuk pergi ke Kami gig. Tunggu punya tunggu sampai pukul 2 menber dari Ipoh dan Taiping x sampai Penang lagi. So lebih kurang 4.30 petang baru lah keluar rumah untuk pergi ke gig. Sampai lebih kurang pukul 5.15 petang di gig tersebut. Apa lagi pasang kamera snap apa yang patut, tapi malangnya tak semua band dapat aku ambil gambar sebab datang lambat sampai ada band lain yang sudah beraksi dan tak sempat ambil gambar. Antara band yang hadir estrella, couple, one buck shot, butterfingers, bittersweet, the times dan lain-lain lagi. 
Labels: aktiviti | 0 comments
Friday, July 18, 2008
Tarikh akhir ialah pada: 15/8/2008.
website: http://www.picturekl.com/Apa tunggu lagi galas lah beg SLR korang pergi ke KL untuk shoot segalanya di sana.
ARGGH! Tension betul saya tak ada budget untuk ke KL. Semuanya gara-gara mulanya semester baru, saya terpaksa gunakan budget tersebut untuk yuran pengajian, sewa rumah untuk 6 bulan, servis motosikal, beli/cetak modul, beli barang kamera, itu-lah & ini-lah serabut otak fikir tentang budget.
Labels: tawaran | 3 comments
Baru-baru ini kawan saya menberitahu saya dia ternampak jurugambar menggunakan kamera Nikon dan Lens Sigma. Dia bertanya “bolehkah tidak menggunakan lens Nikkor? “Saya menerangkan kepadanya dan dari situlah saya mendapat idea untuk mengarang artikel ini dan juga artikel tambahan berkenaan tentang grey market product.
Apakah third party product?Pengilang yang mengeluarkan peralatan tambahan seperti lens, flash dan lain-lain untuk jenama kamera tertentu seperti Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Sebagai contoh Sigma, Tokina, Tamron menbuat lens untuk jenama Canon, Nikon, Sony dan sebagainya. Bagi pengilang yang membuat peralatan untuk jenamanya sendiri maka ia dikenali sebagai first party. Sebagai contoh Canon membuat lens untuk kemera berjenama Canon. Kita sebagai pengguna kepada barangan first party dikenali sebagai second party.
Apakah grey market product?
Ialah kedai yang menjual produk import yang tidak melalui pengedar yang sah. Ada pekedai yang terus ke negara pengeluar kamera seperti negara Jepun untuk membeli barangan kamera untuk jualan di kedainya. Aktiviti ini menyalahi undang-undang dan tidak diiktiraf oleh syarikat pengeluar kamera seperti mana pengedar sah di dalam sesuatu negara. Maka ada sesetengah pekedai tidak menggunakan perkataan “grey market product” kepada barangan tersebut malah menggunakan perkataan barangan “direct import”, jadi kita harus berhati- hati.
Apakah masalah yang timbul apabila menggunakan barangan “grey market product”?
- Masalah yang akan timbul ialah apabila barangan(kamera) tersebut rosak, Syarikat kamera atau pengedar di dalam sesebuah negara tidak mengiktiraf warranty kamera tersebut. Sebagai contoh Canon mengiktiraf warranty pengedar Canon yang sah di Malaysia, jika kamera tersebut dibeli dari negara lain maka tiada warranty di Malaysia.
- Kamera berkemungkinan berkualiti rendah. Biasanya kamera grey market product mempunyai lain nama, label dan sebagainya tidak seperti yang diberikan oleh pengedar yang sah. Set kamera yang dijual di dalam bungkusan mungkin tidak sesuai digunakan di dalam negara kita.
- Manual yang diberikan mungkin dalam bahasa yang kita tidak fahami lansung.
kimy. Hak cipta terpelihara, dilarang membuat salinan tanpa izin.
Labels: maklumat | 0 comments
Sunday, July 13, 2008
Jawapan munkin tidak tepat! Artikel ini ditulis mengikut kefahaman saya setelah belajar sesuatu.
Apakah High Dynamic Range (HDR)?
HDR ialah gambar yang menggunakan tona warna yang menyeluruh di dalam sesuatu gambar. Keamatan tona terang yang beransur gelap berubah di dalam sesuatu gambar amat penting kerana ia melambangkan perubahan warna permukaan mengikut sinaran cahaya dan bayang-bayang.
Sejarah.
- Dibangunkan oleh Charles Wyckoff pada tahun 1930an – 1940an apabila beliau mengkaji struktur letupan nuklear . Hasil kerja beliau diterbitkan dia dalam Life Megazine keluaran tahun 1940an.
- Proses menjadikan gambar yang mempunyai HDR dengan menggunakan teknologi digital diperkenalkan pada tahun 1993.
- Teknik menggabungkan beberapa gambar yang mempunyai nilai kecerahan(exposure) yang berbeza untuk dijadikan gambar yang mempunyai HDR diperkenalkan oleh ahli komuniti seni grafik iaitu Paul Debevec pada tahun 1997.

Labels: teknik | 1 comments


FLICKR: