
Kualiti memanglah padan dengan harganya yang murah. Hot-shoe plastic dan dengan lock jenis skru. Masalah apabila anda pusing untuk lock kuat-kuat, setelah ambil gambar dan ingin mencabut Flash dari kamera anda akan rasa begitu ketat pusing unlock. Mungkin disebabkan kita letih agaknya.
Head
Head dia memang best sebab boleh pusing mengalahkan Canon 430 ex, pusing ke kiri 180° , kanan 120° dan atas 180° . Masalah timbul apabila saya menggunakan Lembency Flash Difusser, (macam Gary Fong) benda ini berat kemudian lekatkan di head. Head anda akan rotate kemana saja berdasarkan berat Difusser tersebut, hal ini disebabkan Head tak boleh lock. So dia punya head memang lembut.

Fungsi
setakat ini ok-lah sebab gunakan E-TTL (Eluative through the lens), so dia dapat baca exposure dengan bagus. Flash ni tidak ada second curtain syncronize dan hanya dapat focus pada center AF point selain itu jika anda menggunakan mode manual flash, flash ini akan auto save setting yang telah diset dan tiada default setting.
Masalah dihadapi sekarang
Apabila saya mengeluarkan filter wide panel dan menutupnya semula, pada LCD indicator masih menunjukkan icon wide panel. Masalah ini membuatkan anda tidak boleh setting power ratio dengan head distance secara manual. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengetuk head flash ini (jangan ketuk kuat sangat nati tak pasal jahanam).
Hakcipta terpelihara oleh FotoTakLaku
0 comments:
Post a Comment